Kanak-kanak sekarang berjaga tanpa mengira masa.Perkara ini sebenarnya mengganggu kehidupan dan tumbesaran mereka. Kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup mengikut usia mereka.
Mari kita lihat peruntukan masa yang sesuai untuk tidur yang cukup bagi anak-anak kita.
bayi - 1tahun = 16 ke 20 jam sehari
2 - 4 tahun = 12 ke 14 jam sehari
5 tahun = 11.0 jam
7 tahun = 10.5 jam
9 tahun = 10.0 jam
11 tahun = 9.5 jam
13 tahun = 9.0-9.5 jam
15 tahun = 8.5-9.0 jam
Tidur yang nyenyak mencetuskan rembesan hormon pembesaran (HGH). Kekurangannya menyebabkan kanak-kanak kurang berat badan. Rembesan itu sebahagiannya bergantung kepada suhu badan ketika tidur. Tidur menyebabkan penurunan suhu dan hormon. Jika kanak-kanak terus berjjaga,suhunya kekal tinggi dan HGH akan terbantut.
Bagaimanakah kita dapat mengetahui dan mengenali sama ada anak-anak kita mengalami masalah tidur?
Tanda-tanda masalah tidur adalah
- mengambil masa lebih 45 minit untuk terlelap
- sukar bangun pada waktu pagi
- sukar tidur semula jika terbangun di tengah malam
- kuat berdengkur atau sesak nafas
- jadikan waktu tidur masa untuk mengeratkan kasih sayang dengan memeluk dan bercerita
- bertegaslah mengenai waktu masuk tidur
- gunakan rutin biasa dan senyap
- kecilkan cahaya lampu
- pastikan mereka masuk tidur sebelum mereka terlelap di luar
- berbincanglah dengan pakar jika kesemuanya tidak menjadi
Apa yang perlu dielak :
- jangan penuhkan bilik tidur dengan barang mainan..memadai dengana nak patung dan selimut sahaja
- jangan ambil kafein atau makanan berat sebelum masuk tidur
- jangan letak TV dalam bilik tidur
- batasi waktu menonton TV atau komputer sejam sebelum masuk tidur
Kekurangan tidur boleh menyebabkan mereka berkelakuan aneh,kurang memberi tumpuan, mudah meradang, tidak sabar dan sukar berkawan.
Semoga perkongsian ini,melatih kita menjadi ibu bapa yang cemerlang !

No comments:
Post a Comment