TIPS

Bawang putih
Bawang putih bertindak untuk memperbaiki faktor risisko dalam penyakit jantung. Ia menurunkan kolestrol secara konsisten. Ia juga menurunkan tekanan darah, mengurangkan edema dan membuat darah mengalir dengan lebih licin.  

Kelebihan memakan pisang
Pisang merupakan buah-buahan yang mengandungi potasium yang tinggi.
- mencegah dan mengubati ulser
- merendahkan kolestrol darah
- mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan strok
- mengurangkan gelisah dan murung
- membantu otak supaya cergas 


Tidur yang cukup
Tahukah anda, tidur yang cukup akan melambatkan proses kedutan di muka. Penyelidikan di Universiti Chicago menunjukkan kehilangan sebahagian masa tidur dalam jangka masa pendek sekalipun boleh mempercepatkan proses penuaan.

Tidur kanak-kanak
Pastikan anak-anak kita mendapatkan tidur yang cukup agar menjamin tumbesaran yang baik.
Kekurangan tidur boleh menyebabkan mereka berkelakuan aneh,kurang memberi tumpuan, mudah meradang, tidak sabar dan sukar berkawan.
 5 tahun = 11.0 jam
 7 tahun = 10.5 jam
 9 tahun = 10.0 jam
 11 tahun = 9.5 jam
 13 tahun = 9.0-9.5 jam
 15 tahun = 8.5-9.0 jam

 

No comments:

Post a Comment