Ingin saya kongsikan bersama anda,beberapa tip yang disarankan oleh pakar pemakanan untuk mengekalkan kecantikan, Namun,perlu diingatkan bahawa perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata malah ia adalah satu usaha yang berterusan dan disiplin diri yang tinggi.
- minum segelas jus sayuran setiap hari kerana ia mempunyai antioksidan yang mengurangkan aktiviti radikal bebas
- makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sayuran/buah-buahan setiap hari
- kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak
- minum teh hijau
- makan banyak ikan (orang jepun lakukan untuk kekalkan keremajaan)
- elakkan makanan bergula
- jangan makan terlalu kenyang
- tambahkan makanan berkalsium setiap hari
- bersenam atau berjalan pantas 30-60 minit ( 6 kali seminggu )
- sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan untuk memperolehi ketenangan
Selamat Mencuba!!!

No comments:
Post a Comment